CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 4 February 2013

Minuman Dalam Pantang


Wanita yang telah melahirkan anak memerlukan penjagaan rapi dan khusus bagi menjamin kesihatan untuk jangka masa panjang. Namun, dizaman serba canggih ini petua dan amalan berpantang nenek moyang dahulu seakan hanyut dan semakin dilupakan. Tidak ramai ibu-ibu muda hari ini teruja dan sepenuh hati mengamalkan amalan berpantang nenek moyang dahulu yang nyata mempunya seribu satu kebaikan.

Antara perkara yang boleh dititik beratkan adalah dalam aspek makanan dan minuman. Kali ini kami di  Souqofayana nak share contoh minuman yang boleh anda amalkan dalam tempoh berpantang. Kalau saja-saja nak minum pun boleh. Sangat Baik untuk kesihatan.


AIR KUNYIT

Cara Penyediaan
Ambil 2 inci isi kunyit hidup atau ikut selera anda. Bersihkan
Parut/asah untuk dapatkan airnya
Letakkan secubit garam dalam air perahan kunyit.
Siap dan boleh terus diminum.

Amalkan 2 kali sehari. Pagi dan petang. Baik untuk peredaran darah dan membantu proses penghadaman dan mengurangkan angin dalam perut.

AIR REBUSAN MANJAKANI, BAWANG PUTIH, LADA HITAM

Cara Penyediaan:

2 biji manjakani - baik untuk rahim, menegangkan otot dalaman wanita
5 ulas bawang putih - baik untuk mengurangkan angin dalam perut
7 biji lada hitam - baik untuk mengurangkan angin dalam perut

Basuh dan rebus dalam 1.5 liter air sehingga mendidih. Biarkan suam dan bolehlah diminum seperti biasa.
JUS PEGAGA
 Cara Penyediaan:

Ambil secekak pegaga (kira-kira 200gm)
Bersihkan.
Rebus dalam 2 liter air. Kalau boleh rebus bersama akarnya sekali.
Biarkan suam dan bolehlah diminum seperti biasa.
Antara kebaikan pegaga adalah dapat membantu memberi kesan positif dalam pengaliran darah dengan menguatkan  salur darah dan kapilari. Pegaga juga dapat membantu merawat kaki kejang, bengkak kaki dan kaki kebas.



0 comments:

Post a Comment