Tuesday 26 November 2013

SELULIT OH SELULIT


Rasanya tak perlu cerita panjang apa itu selulit. Kebanyakan dari kita mesti tahu dan mungkin pernah atau sedang mengalami terutamanya ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak atau mereka yang obes. Tempat paling famous selulit ni nak mendarat adalah peha, perut, punggung, buah dada dan lengan.

Walaupun ada rawatan untuk selulit, kebanyakan darinya hanyalah setakat memudarkan warna dan menegangkan kulit sahaja bukan untuk menghilangkannya. Jom intai cara-cara mudah yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah selulit.
  • Elakkan pertambahan berat badan mendadak sewaktu hamil.
  • Ambil makanan yang seimbang dalam diet harian dan amalkan pengambilan vitamin C yang merangsang kolagen.
  • Sapukan pelembap pada kulit seperti belli oil, cocoa butter, shea butter atau krim yang mengandungi vitamin C.
  • Pakai korset untuk membantu kulit yang kendur kembali tegang.
  • Jadikan senaman sebagai rutin harian.
  • Melakukan rawatan fractional CO2 laser. Rawatan ini perlu dilakukan berulangkali sehingga kesan garisan pudar.
  • Melakukan rawatan radiofrekuensi. Rawatan ini boleh merangsang kolagen pada kulit dan membakar lemak di bawah kulit disamping menegangkan kulit.
  • Rawatan glikolok asid dan krim tretinoin boleh membantu merangsang penambahan kolagen pada kulit tetapi tidak digalakkan jika hamil atau menyusu badan.
p/s: boleh pilih cara mana yang anda suka ya..

Sumber: Majalah Anis 

Saturday 14 September 2013

AKHIRNYA..

Salam hujung minggu buat anda semua..

Sebenarnya saya sgt gembira dan teruja untuk berkongsi berita baik ini dengan anda semua..Setelah sekian lama mencari masa akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki ke SSM untuk mendaftarkan perniagaan saya ni. Biarpun agak terlewat tapi sekurang-kurangnya usaha dan doa saya diperkenankan olehNya.. Jadi, anda semua tidak perlu ragu-ragu lagi untuk berurusan dengan saya.. 


Terima kasih kepada semua yang telah menyokong SOUQOFAYANA selama ini. 

Wednesday 1 May 2013

HIKMAH MELAKUKAN AQIQAH




Setiap kelahiran pastinya disambut dengan penuh kesyukuran oleh setiap pasangan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mendapat cahaya mata. Antara yang perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan adalah mengazan/mengiqamatkan anak sebaik sahaja dilahirkan, memberi nama yang sesuai dan melakukan penyembelihan aqiqah bagi yang berkemampuan. Bagi yang kurang berkemampuan ibadah aqiqah masih boleh dilaksanakan bila-bila masa atau boleh juga dilakukan sendiri oleh anak apabila mereka dewasa. Bagaimanapun, sebaik-baiknya aqiqah dilakukan ketika anak berusia 7 hari. Islam menganjurkan kita menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Antara hikmah aqiqah adalah:

  • Sebagai bukti kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah kerana diberi kekuatan menjalankan syariat Islam serta dianugerahkan cahaya mata.
  • Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang  tua mereka kelak.
  • Melindungi daripada gangguan syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota bayi.
  • Membiasakan berkorban bagi orang dewasa demi kepentingan bayi yang baru lahir.

Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan ketika melakukan aqiqah

  • Umur binatang aqiqah adalah sesuai seperti yang dianjurkan Islam, sihat dan tidak cacat.
  • Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
  • Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
  • Tidak dibenarkan menjual kulit binatang aqiqah atau dijadikan upah penyembelihan. Harus disedekahkan untuk keperluan orang yang melakukan aqiqah sekiranya perlu.
  • Adalah lebih baik daging aqiqah dimasak dan tidak diberi dalam keadaan mentah.

Semoga kita sentiasa melakukan yang terbaik untuk anak-anak kita dan beroleh rahmat serta keberkatan dari Allah Taala. Amin.








Wednesday 13 March 2013

Tips Kebersihan Bahagian Intim


Faraj dan vulvar mukosa adalah tisu yang sangat sensitif. Membersih setiap  hari dengan sabun atau produk yang tidak sesuai boleh melemahkan perlindungan semulajadi kawasan intim anda. Nilai pH yang tidak sepadan dengan vulva wanita boleh mengganggu keseimbangan pH dan boleh menyebabkan kegatalan atau jangkitan bakteria. Dengan itu, anda disaran menggunakan pembersih berkualiti tinggi yang sesuai kepada bahagian intim supaya dapat menikmati kebersihan, kesegaran dan perlindungan sepanjang hari.

Tips Kebersihan

  • Jangan Douche. Pembersihan terlalu agresif yang berulang-ulang boleh mengubah filem pelindung dinding faraj.
  • Elakkan produk antiseptik atau antibakteria. Pilih pembersih bebas sabun dengan tahap pH betul yang sesuai untuk kawasan intim anda.
  • Tukar seluar dalam anda setiap hari dan pakai pelapik seluar kapas (pantiliner).
  • Jangan memakai seluar terlalu ketat yang boleh menyebabkan chafing.
  • Tukar pelapik haid (pad) dengan lebih kerap semasa tempoh datang haid.
  • Sentiasa memastikan bulu rambut kemaluan pendek supaya air tidak terperangkap yang akan menggalakkan jangkitan bakteria dan mungkin mengakibatkan jangkitan  kepada saluran kencing.


Produk yang disarankan untuk anda adalah:-



Digunakan sejak 8 tahun yang lalu. Tidak pedih, lembut, tiada lagi bau yang tidak menyenangkan untuk kesegaran yang berpanjangan. Harga pun berpatutan. RM19 je....Boleh tahan sehingga 4-6 bulan coz pkai sikit je dah memadai.Nak tau info lanjut klik SINI 


Sunday 10 March 2013

Tips Meredakan Marah





  1. Kenangkan keutamaan orang yang dapat mengawal perasaan dan ganjaran-ganjaran yang Allah janjikan kepada orang yang menahan kemarahannya, bersikap sabar, suka memberi maaf dan bersikap redha dengan ketentuan takdir Allah. Antara lain janji Allah di dalam Surah Ali Imran Ayat 133-134 yang bermaksud:- "Bersegeralah menuju pengampunan Tuhanmu serta syurga yang luasnya adalah seluruh langit dan bumi. Itu disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang suka membelanjakan hartanya dalam keadaan cukup atau kurang rezki serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan pula yang gemar memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan."
  2. Ingati juga balasan yang Allah sediakan di akhirat kepada orang yang menghamburkan perasaan marah. Ketika itu diri sendiri amat menagih secebis keampunan, rahmat dan belas kasihan daripada Yang Maha Agung. Dengan mengenang hal ini, kita tidak akan bersikap angkuh dan keras hati sebaliknya lebih suka menghulurkan kemaafan dan mengasihani sesama manusia.
  3. Fikirkan juga akibat daripada sikap marah yang boleh memudaratkan diri apabila pihak lain membalas perlakuan marah kita dengan sikap yang serupa. Ingatlah bahawa sebagai hamba Allah kita tidak dapat lari daripada memiliki banyak kelemahan dan melakukan kesilapan. Begitu juga orang lain.
  4. Bandingkan diri kita yang bersikap pembengis dengan seekor binatang yang buas lagi liar. Kemudian kenangkan pula peribadi para Rasul, Nabi dan alim ulama serta orang-orang soleh yang mulia. Maka hati kita akan terdorong untuk menjauhi tabiat binatang sebaliknya terdorong mengamalkan sikap baik yang diwarisi orang-orang yang mendapat  kedudukan istimewa dan dikasihi Allah sebagai teladan peribadi.
  5. Tanya diri kita, kenapa kita harus menurut perasaan marah? Apa punca yang menyebabkan kita marah? Nanti kita akan sedari bahawa ia tidak lain dari mengikut bisikan syaitan dan hawa nafsu. Dan kita insaf bahawa syaitan dan nafsu itu hanya mengajak kepada kejahatan dan kederhakaan terhadap Allah. Mengikut bisikan dan ajakan kedua-dua musuh dalam diri ini bermakna menempah padah di akhirat. Dengan mengenang semua ini, kita akan dapat memujuk hati agar bersikap sabar dan pemaaf.

Thursday 21 February 2013

PENGHALANG MALAIKAT MASUK KE RUMAH





  • Penghuninya memutuskan silaturrahim dengan ahli keluarga, kawan dan lain-lain sehinggalah disambung semula.
  • Penghuni rumah memakan harta anak yatim secara batil.
  • Di salam rumah ada anjing (jika anjing perlu untuk keselamatan, biarkan diluar rumah sahaja. Jangan dibawa masuk).
  • Di dalam rumah ada gambar-gambar yang menghina Nabi, Sahabat Nabi, agama islam dan gambar-gambar yang mengagungkan syaitan.
  • Aktiviti pemujaan selain daripada Allah. 
  • Penghuni sentiasa meninggikan suara atau kasar kepada isteri/anak.
  • Penghuni melakukan perkara-perkara syirik kepada Allah termasuklah tukang tilik, sihir dan lain-lain perbuatan berunsur syirik.
  • Rumah ada perhiasan buatan emas seperti pinggan mangkuk (kecuali barang kemas bagi wanita).
  • Penghuni sentiasa bergelumang dengan dosa seperti perjudian, poker dan maksiat.
  • Penghuni sentiasa derhaka kepada ibu bapa.
  • Penghuni rumah memakan wang hasil riba.
  • Penghuninya peminum arak.
  • Penghuni yang berhadas besar. Tidak mandi junub sepanjang masa kerana kejahilannya.
  • Maksiat berlaku di dalam rumah.
  • Rumah yang banyak pembaziran dalam peralatan dan perhiasan rumah.
  • Penghuninya mengubah ciptaan Allah seperti mencukur bulu kening atau memancungkan hidung  atau mengubah bahagian-bahagian badan yang lain tanpa sebab kukuh/ kesihatan.
  • Ada loceng yang menyerupai loceng di gereja atau kuil.
Sumber: Risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Jom audit diri, keluarga dan rumah kita. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua.


Wednesday 13 February 2013

ADAB MEMASAK

Salam Semua..




Mesti teruja je tengok gambar makanan tu kan. Atau de sape-sape yang tak suka tgk makanan? Tapi kali ni bukan nak cerita pasal makanan. Nak cerita sikit pasal masak-memasak. Kira bab makan juga la. Orang tua-tua kata kalau nak tawan hati suami penuhkan perut diaorang..Betul ke?? Saya pun tengah mencari kebenarannya. Kalau ikut pengalaman yang baru setahun jagung pesanan orang tua-tua tu ada kebenarannya. Tapi kalau kita jenis yang tak berapa nak pandai dalam bab masak-memasak ni camner? Jangan bimbang. Yang penting niat kita ikhlas. Tak kisahla untuk siapa kita masak. Suami, anak-anak, ibu bapa, kawan-kawan atau sape2 jela yang teringin nk makan masakan kita. Selain niat yang ikhlas, boleh juga diamalkan beberapa doa ketika proses memasak sedang berlangsung. Antara doa-doa ringkas yang boleh kita amalkan adalah seperti dalam gambar kat bawah ni. Tq pada tuan punya  FB 




 Semoga makanan yang kita masak mendapat keberkatan dari Allah. Tapi sebelum tu pastikan sumber makanan kita adalah dari sumber yang halal. InsyaAllah.





Monday 4 February 2013

Minuman Dalam Pantang


Wanita yang telah melahirkan anak memerlukan penjagaan rapi dan khusus bagi menjamin kesihatan untuk jangka masa panjang. Namun, dizaman serba canggih ini petua dan amalan berpantang nenek moyang dahulu seakan hanyut dan semakin dilupakan. Tidak ramai ibu-ibu muda hari ini teruja dan sepenuh hati mengamalkan amalan berpantang nenek moyang dahulu yang nyata mempunya seribu satu kebaikan.

Antara perkara yang boleh dititik beratkan adalah dalam aspek makanan dan minuman. Kali ini kami di  Souqofayana nak share contoh minuman yang boleh anda amalkan dalam tempoh berpantang. Kalau saja-saja nak minum pun boleh. Sangat Baik untuk kesihatan.


AIR KUNYIT

Cara Penyediaan
Ambil 2 inci isi kunyit hidup atau ikut selera anda. Bersihkan
Parut/asah untuk dapatkan airnya
Letakkan secubit garam dalam air perahan kunyit.
Siap dan boleh terus diminum.

Amalkan 2 kali sehari. Pagi dan petang. Baik untuk peredaran darah dan membantu proses penghadaman dan mengurangkan angin dalam perut.

AIR REBUSAN MANJAKANI, BAWANG PUTIH, LADA HITAM

Cara Penyediaan:

2 biji manjakani - baik untuk rahim, menegangkan otot dalaman wanita
5 ulas bawang putih - baik untuk mengurangkan angin dalam perut
7 biji lada hitam - baik untuk mengurangkan angin dalam perut

Basuh dan rebus dalam 1.5 liter air sehingga mendidih. Biarkan suam dan bolehlah diminum seperti biasa.
JUS PEGAGA
 Cara Penyediaan:

Ambil secekak pegaga (kira-kira 200gm)
Bersihkan.
Rebus dalam 2 liter air. Kalau boleh rebus bersama akarnya sekali.
Biarkan suam dan bolehlah diminum seperti biasa.
Antara kebaikan pegaga adalah dapat membantu memberi kesan positif dalam pengaliran darah dengan menguatkan  salur darah dan kapilari. Pegaga juga dapat membantu merawat kaki kejang, bengkak kaki dan kaki kebas.