CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 1 May 2013

HIKMAH MELAKUKAN AQIQAH




Setiap kelahiran pastinya disambut dengan penuh kesyukuran oleh setiap pasangan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mendapat cahaya mata. Antara yang perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan adalah mengazan/mengiqamatkan anak sebaik sahaja dilahirkan, memberi nama yang sesuai dan melakukan penyembelihan aqiqah bagi yang berkemampuan. Bagi yang kurang berkemampuan ibadah aqiqah masih boleh dilaksanakan bila-bila masa atau boleh juga dilakukan sendiri oleh anak apabila mereka dewasa. Bagaimanapun, sebaik-baiknya aqiqah dilakukan ketika anak berusia 7 hari. Islam menganjurkan kita menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Antara hikmah aqiqah adalah:

  • Sebagai bukti kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah kerana diberi kekuatan menjalankan syariat Islam serta dianugerahkan cahaya mata.
  • Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang  tua mereka kelak.
  • Melindungi daripada gangguan syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota bayi.
  • Membiasakan berkorban bagi orang dewasa demi kepentingan bayi yang baru lahir.

Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan ketika melakukan aqiqah

  • Umur binatang aqiqah adalah sesuai seperti yang dianjurkan Islam, sihat dan tidak cacat.
  • Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
  • Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
  • Tidak dibenarkan menjual kulit binatang aqiqah atau dijadikan upah penyembelihan. Harus disedekahkan untuk keperluan orang yang melakukan aqiqah sekiranya perlu.
  • Adalah lebih baik daging aqiqah dimasak dan tidak diberi dalam keadaan mentah.

Semoga kita sentiasa melakukan yang terbaik untuk anak-anak kita dan beroleh rahmat serta keberkatan dari Allah Taala. Amin.








0 comments:

Post a Comment